Tazkirah Jumaat
15 Maksiat Yang Disegerakan Balasanya .
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda :
" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .
2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan .
3 . Zakat dijadikan hutang .
4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .
5 . Anak derhaka terhadap ibunya .
6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya .
7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya .
8 . Suara ditinggikan di dalam masjid .
9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .
10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya . 11 . Arak diminum di merata tempat . 12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki . 13 . Para artis disanjung - sanjung . 14 . Muzik banyak dimainkan . 15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain .
Allahualam.
No comments:
Post a Comment